EventHiburan

Mr. Mufe – My Lepak Buddy Platform Digital Terbaharu Pamer Karya Tempatan

Kebangkitan pemain media digital di pasaran tempatan seperti Neflix, iflix dan Viu menggantikan media tradisional televisyen sebagai hub hiburan tidak dapat disekat lagi.

Menyedari peningkatan dan permintaan kandungan digital yang semakin meningkat tanpa sempadan ini, Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd tampil dengan sebuah platform online terbaharu, Mr Mufe – My Lepak Buddy.

Mr Mufe – My Lepak Buddy hanya menawarkan kandungan-kandungan yang segar, tulen dan terbaharu sahaja bagi memberikan kelainan berbanding aplikasi penstriman lain.

Pengasas & Pengerusi, Malaya United Films & Entertainment Sdn Bhd., Datuk Sheikh Jamal Nasir berkata, platform ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan sepenuhnya dengan menggunakan teknologi Blockchain baharu serta mewujudkan sistem CDN (Content Delivery Network) tersendiri serta Cloud Computing.

“Walaupun sudah ada platform Online Streaming atau OTT di Malaysia, namun pendekatan kami sama sekali berbeza kerana kami tidak paparkan program yang re-run atau yang sudah sedia ada kecuali filem cereka yang tidak memiliki mana-aman platform selepas filem mereka gagal bertahan untuk tempoh kurang dari 7 hari di pawagam.

“Selebihnya, kesemua kandungan yang kami sediakan di platform ini adalah yang bervariasi, segar, original dan terbaharu yang mana sebahagiannya kami terbitkan sendiri atau yang diterbitkan syarikat produksi lain melalui kerjasama atau commission,” katanya lagi.

Menurut Sheikh Jamal lagi, platform ini akan memberi manfaat kepada pemain industri dan karyawan seni untuk terus berkarya menerusi produk seni mereka dan pada waktu yang sama menambah peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja seni tempatan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

“Malah, pemain industri dan karyawan seni juga memiliki hak ke atas harta intelek mereka sendiri biarpun memggunakan platform Mr Mufe–My Lepak Buddy untuk menayangkan kandungan program mereka,” katanya lagi.

Majlis pra pelancaran Mr Mufe-My Lepak Buddy yang diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses ini telah disempurnakan bekas Ketua Pengarah Finas, Dato’ Kamil Othman.

Kata Dato. Kamil Othman, inisiatif Mr Mufe dilihat sangat bagus dan berguna buat pencipta kandungan tempatan kerana pencipta kandungan memerlukan saluran untuk menghasilkan output kreatif mereka.

“Jika tidak, pemacuan ke arah keaslian dan pendedahan akan gagal. Di sinilah kritikalnya peranan Mr Mufe, lebih-lebih lagi jika model perniagaan adalah saksama dan membolehkan pencipta kandungan untuk melabur semula dalam kandungan lain yang mungkin sedang mereka usahakan.

“Ia mencetuskan new breed SME yang mampu mencipta harta intelek yang mereka tahu dapat menjana pendapatan jika ia dicipta dengan meletakkan penonton global di dalam fikiran,” katanya.

Apa yang menarik, platform Mr Mufe – My Lepak Buddy ini juga boleh ditonton secara PERCUMA. Muat turun platform ini dan anda boleh menikmati segala program yang terdapat di dalam platform Mr Mufe-My Lepak Buddy ini tanpa sebarang bayaran.

Namun, kandungan premium seperti filem cereka sahaja yang akan dikenakan bayaran, namun bayaran yang dikenakan adalah sebanyak USD0.99 untuk per filem cereka.

Platform Mr Mufe –My Lepak Buddy ini juga tidak tertumpu hanya di Malaysia sahaja tetapi ia juga turut diwujudkan di beberapa Negara lain. Namun, bagi fasa yang pertama, platform ini akan mula beroperasi di Malaysia, United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia dan India secara serentak terlebih dahulu dan bakal diikuti dengan negara-negara lain.

Untuk pengguna di Malaysia yang mahu menikmati kandungan platform Mr Mufe-My Lepak Buddy dari negara lain seperti United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia, dan India, bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak sebanyak USD2.99 sebulan (bayaran ini hanya tertakluk untuk sebuah platform dari sebuah Negara sahaja).

Namun, sebagai perkenalan mesra, bagi tempoh enam bulan pertama Mr Mufe – My Lepak Buddy beroperasi, pengguna berpeluang untuk menikmati semua kandungan platform ini dari negara lain secara percuma tetapi tidak termasuk Filem Cereka.

Meletakkan sasaran pengguna dari usia 9 sehingga 99 tahun, kandungan program Mr Mufe – My Lepak Buddy juga boleh dinikmati tanpa gangguan iklan. Ini kerana iklan selama 30 saat hanya dipaparkan pada awal kandungan sahaja tidak seperti platform percuma lain.

Harga iklan yang ditawarkan untuk pengiklan juga sangat murah iaitu sebanyak USD00.05 untuk tempoh masa 10 saat per slot. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button