Cerita ArtisHiburan

Muat Naik Di Instagram, Fizz Fairuz Nak Saman Siapa Tu?

Status terbaharu yang dimuat naik oleh pelakon Munafik 2, Datuk Fizz Fairuz di Instagram semalam ternyata telah menimbulkan tanya tanya ramai peminat.

Menerusi Instagram miliknya itu,  pelakon berkenaan ada memuat naik satu status iaitu  “Ada orang nak kena saman!!!! Standby.

“Mari kita tengok siapa menang game ini!! Nak main-main kan dengan aku, tunggu!!” jelas suami kepada pelakon Almy Nadia itu lagi.

Rata-rata peminat berteka-teki apakah sebenarnya yang dimaksudkan Fizz menerusi entri tersebut, namun peminat percaya tindakan aktor itu mempunyai kaitan dengan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkan Fizz merupakan individu bergelar Datuk Seri yang ditangkap khalwat dengan seorang wanita di Pulau Perhentian, Terengganu pada Jumaat lalu.

 

View this post on Instagram

 

Mari kita tgk sapa menang game ni!!! Nk main2 kan ngan aku.. tggu!!!

A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on

Menerusi laporan sebuah portal sebelum ini, seorang individu bergelar Datuk Seri berusia 40 tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun ditangkap khalwat dalam operasi bersepadu di sebuah pulau peranginan di Pantai Timur pada hujung minggu lalu.

Isteri Fizz, Datin Almy Nadia sebelum ini juga ada memuat naik entri di Instagram menafikan penglibatan suaminya dalam kejadian tersebut.

Ini selepas rata-rata netizen di sebuah forum gosip menuduh individu bergelar Datuk Seri itu adalah suaminya. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button