Cerita ArtisHiburan

Muat Naik Gambar Duduk Di Atas Pelamin Dengan Tangan Berinai, Mimi Lana Disangka Sudah Dirisik Sehingga Ramai Ucap Tahniah

Gara-gara memuat naik sekeping gambar duduk di atas pelamin dengan tangan berinai, ramai yang menyangka pelakon Mimi Lana sudah dirisik kekasih hati sehingga menerima ucapan tahniah rakan-rakan dan peminat.

Bagaimanapun pelakon berkenaan menerusi Insta Story miliknya menafikan tentang apa yang disangkakan oleh orang ramai.

“Assalamualaikum. Hi everyone, I’m so sorry.. Regarding my latest photo saya hanya meraikan sepupu kesayangan yang bernikah pada hari ini.

“Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon itu juga menjelaskan yang dia akan berkongsikan kepada semua sekiranya ada sebarang berita gembira.

“Jangan risau, Kalau Ada berita gembira InsyaAllah pasti saya akan kongsikan dengan semua orang pada masa Akan datang. Love you,” ujarnya.

Umum sudah mengetahui yang pelakon berkenaan kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Syafiq Kyle. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button