
Muat Naik Gambar Nampak Perut, Fatin Afeefa Dikecam Netizen
Pelakon Fatin Afeefa baru-baru ini telah dikecam oleh segelintir netizen apabila bertindak memuat naik sekeping gambar di Instagram.
Kecaman tersebut dilakukan oleh segelintir netizen apabila bekas isteri kepada Adam Shahz itu memuat naik gambar yang menampakkan bahagian perutnya.
“Tak payah lah seksi sangat, dah ada anak dah pon… dah jadi mak dah pon,” tulis netizen yang menggunakan nama ‘nswhkhan’.
Biarpun mendapat kecaman yang teruk daripada netizen atas tindakannya memuat naik gambar tersebut, namun ada juga segelintir yang meminta supaya teguran dibuat dengan cara yang lebih elok.
“Guys! Tegur tu elok-eloklah. Tak salah nak tegur tapi janganlah sampai menghina. Chill lah doakan je yang baik-baik okay. Nothing to lose pun kalau kita doakan yang baik-baik,” ujar netizen yang menggunakan nama ‘nrlrazak’.
Meskipun menerima pelbagai komen-komen negatif daripada netizen yang mempertikaikan gambar berkenaan, namun pelakon berkenaan membalas komen-komen dengan ayat yang lebih berhemah.
Sebelum ini, Fatin pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikaitkan dengan gambar bercium pada tahun lalu, namun telah dinafikan oleh pelakon berkenaan. – KopiPlanet.com