Cerita ArtisHiburan

Mudah Loya Dan Penat, Siti Nurhaliza Jarang Masuk Dapur Sejak Hamil Anak Kedua

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengakui dirinya jarang masuk ke dapur sejak hamil anak kedua.

Ujarnya, ia disebabkan dirinya mudah mengalami loya dan penat apabila sedang berbadan dua.

“Memang agak jarang saya masuk ke dapur, apatah lagi ketika di trimester pertama. Ini kerana saya akan cepat loya dengan masakan bergoreng dan bau minyak.

“Bagaimanapun, apabila sudah masuk trimester ketiga ini, saya sudah kerap masuk ke dapur untuk menyediakan makanan buat suami dan Aafiyah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi sidang media Vantage Siti Series 2021 on Go Shop yang berlangsung baru-baru ini.

Selain jarang masuk ke dapur, Siti juga memberitahu bahawa dia tidak boleh memakan masakan pedas berbanding kehamilan pertama dahulu.

“Kalau mengambil makanan pedas, saya akan alami heart burn. Jadi, saya perlu elakkan pengambilan makanan sebegitu,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Nurhaliza kini tampil Dengan Produk Eksklusif Vantage Siti Series 2021yang menawarkan set peralatan memasak, set pinggan mangkuk, kuali bersaiz jumbo dan alat mesin penggorengan udara atau ‘air fryer’ beserta periuk bertekanan tinggi 2 dalam 1 yang pertama di Malaysia.

Ujar Siti, beliau cukup berbesar hati apabila sekali lagi diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Vantage dalam melancarkan set produk eksklusif khas untuk Go Shop dan berkongsi manfaat memasak dengan lebih mudah dan sihat dengan rakyat Malaysia.

“Sejujurnya, saya cukup teruja apabila memasak dengan menggunakan peralatan Vantage kerana produk ini menawarkan kualiti terbaik yang mana secara tidak langsung memudahkan saya untuk menyediakan masakan yang mudah, sedap dan pada masa yang sama berkhasiat untuk keluarga saya.

“Tambahan pula, set pinggan mangkuk Vantage juga direka indah dan membuat pengalaman makan saya pada bila-bila masa lebih seronok,” ujarnya.

Kesemua produk di dalam siri eksklusif ini akan memperlihatkan tandatangan istimewa beliau di permukaan luarnya dan mana-mana pelanggan yang membuat pembelian set-set eksklusif ini akan menerima hadiah percuma dari Go Shop. 

Para pelanggan boleh menikmati potongan RM38 sehingga 14 Mac 2021 dengan pembelian minima RM380 apabila menggunakan kod STRONG38. Layari Go Shop melalui www.goshop.com.my dan muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store. – KopiPlanet.com

Istana Impian Siti (bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, menampilkan ‘Vantage Siti Series 2021’

  • Tarikh: 7 Mac 2021 (Ahad)
  • Masa: 9 pagi– 12 tengah hari
  • Saluran: Go Shop RUUMA (CH118) | Astro RIA HD (CH104)
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button