Cerita ArtisHiburan

MukaRakat Muncul Single N.O.S, Tampil Bahasa Daerah Nusa Tenggara

Kumpulan MukaRakat yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia kini tampil dengan single terbaharu mereka berjudul Name of Survivors (N.O.S).

MukaRakat yang dianggotai lima anak muda bernama Lipooz, DirtyRazkal, D’Flow, I’m Rapholic dan DJ Geramar masih lagi mengekalkan identiti mereka dengan imej lagu hip-hop old school.

“Mesej yang dibawa lagu ini adalah bagi mencapai setiap kejayaan ia memerlukan usaha yang gigih, perlu enjoy dengan setiap proses dan tentu sahaja perlu ada keikhlasan yang tulus dalam berkarya.

“Apa yang menarik, kami turut memasukkan kosa kata bahasa daerah Nusa Tenggara Timur ke dalam lirik. Satu cara yang bijak dalam usaha memperkenal dan menyebarkan budaya Indonesia Timur dengan lebih meluas,” kata Lipooz mewakili ahli kumpulannya.

Menurut kumpulan yang bernaung di bawah Def Jam Indonesia ini, mereka sentiasa mementingkan kekuatan rima, flow yang pantas dan lancar, kombinasi muzik etnik dan moden serta kritikan sosial yang menjadi elemen utama bagi karya MukaRakat untuk terus kekal berada di pentas muzik hip-hop dan juga industri muzik serantau. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button