Cerita ArtisHiburan

Muncul Dengan Single Baharu Kekal, Syafiq Abdilah Teruja Tunggu Maklum Balas Pendengar

Pernah mencipta nama dalam rancangan realiti popular Big Stage musim keempat pada tahun 2022, bintang kelahiran Brunei Syafiq Abdilah kini muncul dengan lagu terbaharunya berjudul ‘Kekal’ di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Dicipta dan ditulis oleh John Jeeves, Ikhwan Fatanna, Omar K, dan Pique, lagu ini juga disusun dan diterbitkan oleh John Jeeves bersama dengan Omar K sebagai penerbit bersama.

Menurut Syafiq lagu ini sebuah lagu yang indah dan menyentuh perasaan.

“Ia sangat berbeza dengan karya pertama saya dulu. Saya juga sangat teruja untuk melihat penerimaan pendengar terhadap bunyi baharu saya ini yang lebih matang dan berbeza.

Kekal menceritakan tentang persaan yang dirasakan oleh seseorang yang telah memahami erti cinta yang sejati. Ia menggambarkan keinginan untuk seseorang itu kekal dalam hidup kita and dan ingin menghabiskan seumur hidup kita bersama orang tersebut,” jelas Syafiq.

Biarpun Syafiq tidak terlibat dalam proses penulisan lagu ini tetapi para pencipta dan penulis telah menyampaikan pesan lagu ini dengan sempurna.

Malah rakaman lagu ini dilakukan pada hujung tahun 2021. Menurutnya lagi, sesi rakaman hanya mengambil masa sehari.

“Semua yang terlibat dalam proses ini sangat menyokong dan membantu saya berasa selesa dalam bilik rakaman,” tambahnya.

Lagu ini juga disertakan dengan sebuah video muzik arahan Harith Zazman. Malah ini merupakan kali pertama Harith bertindak sebagai pengarah untuk sebuah video muzik artis lain.

Rakaman video muzik lagu ini dibuat pada bulan Januari tahun ini selama dua hari.

“Berkat arahan Harith & Ashrafiqal, hubungan di depan layar antara Hakim & Sara bersama kerja keras seluruh pasukan penerbitan berjaya menggambarkan pesanan lagu ini dengan sempurna,”ulas Syafiq lagi.

Namun terdapat juga cabaran utama untuk menyiapkan lagu serta muzik video ini kerana jarak yang ada buat Syafiq.

“Buat masa ini saya masih menetap di Brunei. Jadi jika ada sebarang kerja atau projek yang terpaksa dilakukan saya perlu terbang ke Malaysia untuk menyiapkannya.

Syafiq juga berharap semua orang yang mendengarkan ‘Kekal’ akan dapat merasai apa yang disampaikan dalam lagu ni.

“Semoga satu hari nanti, ia akan menjadi runut bunyi buat kisah cinta nyata pendengar sejagat,” bingkasnya menutup biacara.

kekal boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 3 Mac 2023 manakala video muziknya boleh ditonton di laman YouTube Universal Music Malaysia bermula jam 9 malam pada 3 Mac 2023. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button