Cerita ArtisHiburan

Muncul Dengan Single Sulung Tiada Ganti Cinta Ini, Penyanyi Baharu Auranzeb Terima Pujian Awang BPR

Siapa sangka baru berusia 19 tahun, penyanyi baharu Auranzeb yang muncul dengan single sulung Tiada Ganti Cinta Ini mendapat pujian composer terkenal Awang BPR.

Awang BPR berkata, dia melihat Auranzeb atau pemilik nama sebenar Muhammad Auranzeb Berembi mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian.

“Semasa di studio dia tidak mempunyai masalah dalam nyanyian. Dia merupakan artis terbaharu saya pada tahun ini.

“Saya telah menghasilkan lagu ini yang berentak ballad rock dengan konsep kerohanian dan liriknya dihasilkan oleh Keon,” ujarnya.

Sebagai rekod, Awang BPR sebelum ini dikenali ramai dengan ciptaan lagu-lagu popular seperti Umpama Mimpi Dalam Mimpi (Damasutra), Harum Subur Di Hati (BPR) dan banyak lagi.

Menurut Awang BPR, susunan muzik lagu Tiada Ganti Cinta Ini pada asalnya dibuat oleh Allahyarham Tony Iskandar (Tony Spider) dan kemudian disambung oeh Malio.

Sementara itu, Auranzeb berkata, dia terjun menceburi bidang nyanyian kerana gemarkan muzik  sekitar era 80-an dan 90-an.

“Muzik pada era sebegini mampu menangkap perasaan generasi seperti saya dan ia sangat senang untuk diingati.

“Saya berasa seronok apabila dipertanggungjawabkan untuk menyanyikan lagu ini, apatah lagi ia dicipta oleh pengkarya yang ternama,” jelasnya.

Muzik video lagu Tiada Ganti Cinta Ini sudah pun dilancarkan di saluran YouTube Luncai Emas sejak 27 Mei lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button