Rancangan TVTV

Muncul Juara Awesome Raja Lawak, Kumpulan Soda Mahu Jadi Penghibur Terbaik & Teruskan Legasi Pelawak Sedia Ada

Setelah 10 minggu bersaing, akhirnya usaha Kumpulan Soda membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara sulung program Awesome Raja Lawak, sekaligus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, kemenangan tersebut sudah dijangka kerana Soda juga merupakan antara yang sering disebut sebagai juara dan sering menerima pujian daripada barisan juri pada saban minggu.

“Soda yang mempertaruhkan sketsa komedi bermoral dengan menyelitkan pengajaran dan teladan yang sarat dengan mesej positif untuk renungan bersama.

“Bagi kedua-dua buah tugasan akhir yang bertemakan ‘Bebas’ dan ‘Muzikal’ ternyata mereka berjaya memikat hati juri dan penonton sekaligus menjadikan kemenangan tersebut lebih manis dan bermakna,” ujarnya.

Soda yang dianggotai oleh Danny, 27, atau nama sebenar Danieal Aidid Bin Jamil dan Sofwan Fathi Bin Roosle atau lebih mesra dengan panggilan Wan, 28, berjaya memperolehi markah keseluruhan tertinggi sebanyak 77 peratus.

Ia sekaligus menyaksikan mereka menewaskan lima finalis lain iaitu Kumpulan Se’eh, Mabo, Manja, Sedare dan Azhar di pusingan akhir pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, salah seorang anggota Soda iaitu Danny berkata, dia dan Wan tidak menyangka sama sekali mampu mara sehingga final dan bergelar juara.

“Dapat melangkah ke final pun sudah menjadi satu pencapaian terbaik buat kami dan dinobatkan sebagai juara merupakan satu bonus sehingga saya tak tahu nak cakap apa.

“Kemenangan yang diraih ini kami pegang sebagai satu amanah untuk terus berkarya dan menjadi penghibur terbaik serta meneruskan legasi pelawak sedia ada,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button