
Muzik Video Lagu Baharu Blackpink Pecah Rekod Di YouTube
Siapa yang mampu menidakkan kehebatan kumpulan wanita K-Pop popular, Blackpink. Baru-baru ini, kumpulan ini sekali lagi mencipta rekod apabila muzik video single terbaharu mereka, Kill This Love mencatatkan tontonan yang paling ramai sejak ia dilancarkan, Sabtu lalu.
Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi daripada Youtube, namun kejayaan terbaharu mereka itu sekaligus menumpaskan muzik video lagu BTS berjudul Idol yang mampu mencatatkan jumlah tontonan lebih 90 juta dalam masa lebih tiga hari.
Blackpink bagaimanapun berjaya meraih jumlah tontonan yang sama dalam tempoh yang lebih singkat iaitu dalam jangka masa selama dua hari sahaja!
Blackpink yang dianggotai Lisa, Jennie, Ji Soo dan Rose sebelum ini cukup popular dengan lagu Ddu Ddu Ddu dan single kolaborasi bersama penyanyi British, Dua Lipa iaitu Kiss and Make Up. – KopiPlanet.com