Cerita ArtisHiburan

Nabil Nafi Selebriti Beri Pengaruh Buruk, Vape Tidak ‘Sejahat’ Rokok

Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad tidak bersetuju dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa selebriti memberi pengaruh buruk terhadap netizen termasuk pelajar sekolah untuk menghisap rokok elektronik (vape).

Menurut Nabil, perkara tersebut adalah suatu yang subjektif dan selebriti tidak seharusnya dipersalahkan kerana semuanya bergantung pada individu itu sendiri.

“Memang sejak kebelakangan ini timbul isu orang kata selebriti beri pengaruh negatif dengan mengajak orang untuk hisap vape.

“Bagi pendapat saya, benda ini subjektif. Kalau kau dah boleh hisap, maksudnya kau dah boleh fikir (baik dan buruk). Anda sendiri yang pilih.

“Industri vape ini dah lama wujud dan saya ceburkan diri dalam bidang ini untuk diri saya sendiri, bukan sebab nak pengaruh budak-budak sekolah hisap vape.

“Pada saya kalau nak kata vape bagi pengaruh negatif, sebenarnya rokok itu lagi dahsyat dan dah bunuh lagi ramai orang.

“Senang cakap, ini semua atas individu itu sendiri, self aware mereka sendiri. Kalau budak sekolah dah tahu tak patut hisap, ibu bapalah kena pantau mereka. Itu bukan kerja kita (selebriti),” katanya kepada KopiPlanet.com.

Nabil ditemui pada pada majlis pelancaran jenama perisa vape keluarannya, LUPK yang berlangsung di Vaporboy, Kajang, Selangor semalam.

Bapa kepada tiga cahaya mata perempuan itu turut menambah, vape turut mempunyai kebaikannya yang tersendiri yang mana dapat membantu perokok tegar berhenti daripada menghisap rokok.

“Vape ini boleh hentikan tabiat merokok seseorang dan vape tidak ‘sejahat’ rokok itu sendiri. Dengan hisap vape juga mulut kita tak berbau dan bibir tidak hitam,” ujar pengacara MeleTop ini lagi.

Di bawah jenama LUPK, Nabil telah memperkenalkan lima perisa vape iaitu Mango, Grape, Guava, Ice Cola dan Tropical Fruits yang dijual pada harga RM20 seunit. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button