Cerita ArtisHiburan

Nabila Huda Sangka Kena Prank Ketika Dihubungi Untuk Ditawarkan Jadi Pengacara Melodi

Pelakon Nabila Huda akui agak terkejut apabila dia ditawarkan menjadi pengacara Melodi ketika dihubungi pihak Media Prima.

Ujar Nabila, pada mulanya dia menyangkakan dihubungi pihak tersebut untuk bertanyakan tentang kontroversi.

“Saya ingatkan mereka call sebab nak interview pasal kontroversi, tetapi soalan pertama yang mereka tanya, berminat tak nak jadi hos Melodi?

“Saya terus bangun dan fikir ni orang nak prank ke apa ni? Biar betul ni sebab semua orang tahu Melodi merupakan sebuah rancangan hiburan yang sensasi,” ujarnya.

Jelas Nabila, dia telah ditawarkan menjadi pengacara pada bulan ini dan semuanya terjadi dalam tempoh yang sekejap sehingga akhirnya dia kini bakal bergelar pengacara baharu Melodi.

Ujarnya, tawaran berkenaan juga adalah diluar jangkaannya dan baginya ia adalah satu perkara yang sangat besar.

“Saya cabar diri untuk terima tawaran Ini kerana sudah tiba masanya untuk saya keluar dari zon selesa.

“Cuma dalam masa yang singkat ini saya belum sempat buat persediaan, apatah lagi keadaan sekarang ini yang tak boleh masuk studio.

“Apapun untuk episod-episod seterusnya saya akan terus berusaha untuk menjayakan program ini,” ujarnya.

Pelakon berkenaan akan memulakan tugas sebagai pengacara Melodi bermula Ahad ini (1 Ogos) yang disiarkan pada pukul 12.30 tengah hari. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
4
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button