Cerita ArtisHiburan

Nabila Razali Dedah Muat Naik Gambar Pelamin & MK K-Clique Bukan Sebab Bakal Berkahwin, Hanya Promosi Untuk Single Baharu Aku Terluka

Persoalan netizen mengenai tindakan Nabila Razali memadam semua gambar dan hanya memuat naik gambar bersama MK K-Clique akhirnya terjawab apabila ia sekadar promosi untuk single terbaharu Aku Terluka.

Nabila berkata, tindakannya berbuat demikian sehingga ramai menganggap ia sekadar gimik adalah sebagai teaser mempromosikan lagu berkenaan.

“Rasanya ramai yang agak keliru berkenaan gimik dan teaser. Saya anggap apa yang saya muat naik di Instagram itu lebih kepada teaser untuk lagu baharu saya iaitu Aku Terluka.

“Semua foto yang saya muatnaik itu memang ada dalam video muzik. Saya buang foto-foto lain di Instagram supaya peminat lebih fokus saya mempromosikan sesuatu produk,” jelasnya.

Menurut Nabila, sebagai pihak yang terlibat dalam industri kreatif, sesuatu kelainan itu perlu dibuat dan bukan setakat memberi peminat untuk terus mendengar lagu berkenaan.

Sebelum ini, Nabila memuatnaik gambar romantik bersama seorang lelaki di tepi pantai sehingga menimbulkan spekulasi dia bakal mendirikan rumah tangga.

Pada masa sama, penyanyi berkenaan menyatakan dia tidak mampu untuk menghalang persepsi segelintir netizen yang terus mengaikat dirinya dengan gimik.

“Saya ingin nyatakan bahawa apa yang saya buat itu adalah salah satu cara promosi dan bukan gimik. Apapun saya tak boleh nak halang sangkaan orang lain tentang apa yang saya lakukan.

“Ini juga adalah cara untuk saya buat peminat berteka-teki dengan kemunculan lagu baharu saya ini. Memang langsung tiada niat nak buat gimik,” jelasnya.

Berkenaan lagu Aku Terluka, Nabila memaklumkan single ciptaan Amylea Azizan dan MFMF itu adalah kesinambungan kepada lagu Peluang Kedua MK juga dikekalkan dalam muzik video lagu tersebut.

“Aku Terluka ini merupakan kesinambungan daripada lagu Peluang Kedua. Dalam muzik video Peluang Kedua, ada yang perlu dijelaskan dan semuanya ada dalam Aku Terluka.

“Saya bawa MK sekali lagi bagi menutup ‘percintaan’ Nabila dan MK dalam lagu Aku Terluka,” ujarnya.

Muzik video Aku Terluka boleh ditonton di YouTube Nabila Razali Entertainment bermula Rabu dan di platform digital pada 7 Disember ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button