HiburanSelebriti

Nadir Al-Nuri Akan Adakan Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia, Bakal Jawab Segala Persoalan Yang Ditimbulkan

Individu yang dikenali dalam misi kemanusiaan di Gaza, Nadir Al-Nuri bakal mengadakan sesi townhall pada pukul 12.00 tengah hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri olehnya, di mana sesi berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook Page Terkini Dan Sensasi Palestin .

“Jom kita belajar sama-sama bagaimana NGO sebaiknya diurus sambil-sambil kami tunjukkan apa yang negara kita Malaysia dah buat untuk Palestin.

“Ini hak kalian untuk tahu kerana kalian yang menyumbang, kami hanya menjadi jambatan yang menghubungkan kasih-sayang dan persaudaraan,” jelasnya.

Pada masa sama, Nadir juga dijangka akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Ebit Lew dalam sesi live sebelum ini.

Antara perkara yang dipersoalkan adalah mengenai sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta yang berikan kepada Nadir.

“Kami juga akan memberikan maklum balas tentang 1001 keresahan yang sedang bermain di minda kalian, warga netizen.

“Esok (hari ini), jam 12 tengahari waktu Malaysia di laman Cinta Gaza Malaysia yang telah dibenam 2 kali sejak perang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button