Cerita ArtisHiburan

Nafi Jual Barang Terlarang, Lan Pet Pet Maklumkan Dia Hanya Jual Produk Semburan ‘For Men Only’

Pelawak popular Lan Pet Pet menafikan sekeras-kerasnya dia telah menjual barang terlarang berdasarkan satu video yang viral baru-baru ini.

Lan menjelaskan bahawa barang yang dijualnya kepada seorang lelaki bergelar pakcik adalah produk khas semburan untuk lelaki yang dibuat daripada bahan organik jenama Don Valentino.

“Saya nak declare yang saya tidak menjual barang-barang terlarang. Barang yang saya jual ni memang special untuk kaum Adam (lelaki) sahaja. Just for men only.

“Aktiviti jualan tersebut berlaku beberapa hari yang lalu. Namun video yang viral itu yang telah menimbulkan salah faham,” jelasnya.

Menurut Lan, barang tersebut dijual kepada seorang lelaki berusia yang tidak tahu membeli barang secara online dan sebab itu dia sendiri pergi menyerahkan barang tersebut kepada lelaki berkenaan.

Lan berkata, apa yang dikesalkan adalah video yang diambil dan disebarkan itu bukan video yang penuh dan hanya diambil sekerat-sekerat.

“Tolong jangan aibkan orang, jangan buat benda yang tidak elok. Lepas tu kalau nak ambil video, ambil yang full saya tak marah. Ambil sekerat-sekerat dan ia telah mengaibkan saya,” ujarnya.

Pada masa sama, pelawak berkenaan juga menafikan apa yang berlaku bukanlah semata-mata mahu membuat gimik untuk melariskan penjualan produk berkenaan.

Jelasnya, dia turut memaafkan mereka yang telah menyebarkan video berkenaan dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya bercadang nak ambil tindakan undang-undang, tetapi peguam nasihat tidak perlu berbuat demikian. Peguam hanya pesan supaya jelaskan perkara yang sebenar dan bersihkan nama saya.

“Selain itu, saya ingin memaafkan mereka yang telah memaki saya… saya maafkan anda dunia dan akhirat.” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button