Cerita ArtisHiburan

Natiqah Rahmat Dedah Sudah Sah Bercerai Dengan Aman Ra, Akui Bergelut Dengan Emosi

Bekas isteri kepada Aman Ra, Natiqah Rahmat mengakui dirinya sudah sah bercerai dengan penyanyi berkenaan.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Natiqah memberitahu dia enggan memperbesarkan kisah penceraian mereka.

“Seperti yang dah dimaklumkan status perkahwinan antara saya dan bapa kepada anak2 saya telah sah bercerai Bukanlah nak besarkan, sekadar nak tutup apa yang telah dibuka before. 

“Saya belajar untuk bersuara, untuk terbuk , untuk face the realiti and terima realiti dalam keadaan yang sangat bergelut dengan bermacam emosi. Saya bukan orang yang saya kenali selama ini,” luahnya.

Ujarnya lagi, dia juga enggan menyatakan pihak mana yang betul atau salah dan mahu apa yang berlaku menjadi sejarah dalam kehidupannya.

Jelasnya, semua perkara yang terjadi terhadap perkahwinannya sebelum ini akan dijadikan pengajaran untuk dia menjadi lebih baik pada masa hadapan.

“Siapa salah siapa betul siapa yang mula siapa yang melaratkan semua tu dah jadi sejarah. Segala jasa baik segala tindakan yang tak disenangi saya serahkan segalanya kepada yang Maha Esa. 

“Memang betul banyak sangat impact apabila struktur kekeluargaan hancur tetapi ini bukan pengakhiran kehidupan. Masih ada banyak pilihan2 kehidupan, masih ada banyak jalan2 masih ada lagi panjang masa jika diberi Allah rezeki umur yang panjang,” ujarnya.

Pada masa sama, Natiqah turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan doa buat dia dan anak-anak.

“Tak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada media, wartawan-wartawan yang sentiasa berdedikasi dengan tuntutan pekerjaan anda . Maaf kalau sebelum ni saya belum bersedia untuk memberi statement,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button