Cerita ArtisHiburan

Neelofa Disiasat Lagi, Kali Ini Atas Dakwaan Tidak Memakai Pelitup Muka

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa kini selagi lagi telah disiasat oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata, Neelofa disiasat atas dakwaan tidak memakai pelitup muka ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban.

“Pada 20 Mei 2021 terkesan berita di laman sesawang Kosmo Online yang tular di mana Noor Neelofa binti Mohd Noor hadir ke Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.

“Laporan polis diterima kerana tindakan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua orang. Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh,” ujarnya.

Menurut Mohd Said, penjelasan mengenai perkara ini telah dikeluarkan juga oleh KKM setelah Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020.

“Oleh yang demikian, satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A)225/2021].

“Pihak Polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi,” tegasnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Bernama

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
3
+1
2
+1
1
+1
9

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button