
Neelofa Mohon Diberikan Ruang Selesai Isu Yang Timbul Secara Profesional
Usahawan dan selebriti popular, Neelofa memohon agar dia diberikan peluang untuk menyelesaikan secara profesional terhadap isu yang timbul.
Neelofa berkata, dia tidak mahu mengulas panjang dan enggan memudaratkan keadaan.
“Saya nak meminta kepada rakan-rakan media yang lama saya kenal supaya diberi peluang untuk menyelesaikan secara profesianally.
“Saya tidak mahu panjang-panjang dan memudaratkan keadaan,” ujarnya.
Dia berkata demikian ketika majlis MoU Fipper Feel The Rubber x The Noor yang berlangsung hari ini.
Sebelum ini, majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz menjadi bualan ramai apabila dikatakan tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Selain itu, pemergiaan dia dan suami ke Langkawi juga menjadi kontroversi apabila dikatakan pergi berbulan madu ke pulau berkenaan.
Malah, Ketua Polis Negara juga sudah mengeluarkan kenyataan polis akan memanggil pasangan tersebut untuk mengambil keterangan. – KopiPlanet.com