Cerita ArtisHiburan

Neelofa, PU Riz Mengaku Tidak Bersalah Atas Kesalahan Melanggar SOP PKPB

Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd. Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi laporan Twitter Bernama, kedua-duanya tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 8.50 pagi untuk prosiding pendakwaan.

Pasangan suami isteri itu tiba dengan menaiki sebuah kereta BMW berwarna biru.

Kedua-duanya dituduh dituduh di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Hukuman bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
1
+1
1
+1
6
+1
0
+1
4
+1
8

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button