Cerita ArtisHiburan

Neelofa & PU Riz Pilih Nama Abdullah Abbas Untuk Cahaya Mata Kedua

Setelah tujuh hari melahirkan cahaya mata kedua, pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz telah memilih Abdullah Abbas sebagai nama anak mereka.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh Neelofa menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya hari ini.

“Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..

“Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw,” tulisnya.

Sebelum ini, Neelofa selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 11 Julai lalu serta memaklumkan akan mengumumkan nama anak pada hari ketujuh. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button