Cerita ArtisHiburan

Neelofa Rasa Hendak Menangis Lihat Video Elyana Terima Hadiah Tudung Pemberiannya

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa rasa sebak melihat video Elyana menerima hadiah tudung pemberiannya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Neelofa menerusi akaun Insta Story miliknya.

“MasyaAllah, saya plak nak nangis tengok video ni. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesakitan.

“Moga Allah kurniakan kesembuhan untuk awak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elyana telah meluahkan rasa gembira dan terharunya apabila menerima hadiah tudung Naelofar daripada pengacara berkenaan.

Ujar Elyana, ketika berada di hospital dia hanya membawa sehelai tudung sahaja.

“Assalammualaikum semua, saya hari ni happy sangat. Saya kat hospital, cerita dia saya bawa satu tudung je hari itu. Tiba-tiba Lofa bagi saya banyaknya tudung, ya Allah, memang rezekilah siap ada kad lagi. So sweet thank you Neelofa.

“Saya tak sabar sebenarnya nak tengok collection yang dalam box ni semua sambil-sambil masuk susu ni. Thank you Lofa, happy sangat saya,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
2
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button