Cerita ArtisHiburan

Neelofa Tegaskan Ibunya Tiada Kaitan Dengan Sengketa Antara Ebit Lew & Caprice

Usahawan dan pengacara Neelofa mengatakan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tiada dengan sengketa antara Ustaz Ebit Lew dan Caprice.

Perkara tersebut telah ditegaskan oleh Neelofa ketika memberi komen semasa sesi live Instagram Ebit Lew tengah hari tadi.

“My mom takde kena-mengena dengan cerita Caprice dan Ustaz (Ebit Lew).

“Saya akan contact Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tak terlibat. Caprice melampau, this is not right,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Neelofa, PU Riz dan Heliza Helmi antara nama yang dipetik oleh Caprice berhubung kertas kerja untuk misi ke Gaza.

Dakwa Caprice, ketiga-tiga berkenaan sepatutnya turut terlibat dalam misi ke Gaza, tetapi kertas kerja yang dibuat telah disubmit oleh Ebit Lew seorang sahaja. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button