AntarabangsaHollywood

Nelly Dituduh Merogol Dalam Bas

Rapper Nelly telah ditahan pihak berkuasa selepas didakwa merogol seorang wanita, baru-baru ini.

Mereka dipercayai berkenalan di sebuah kelab di Washington sebelum keduanya-duanya keluar beriringan bersama-sama selepas itu.

Mangsa mendakwa dia dirogol penyanyi itu dalam bas jelajah Nelly yang kini sedang mengadakan road tour di seluruh Amerika Syarikat.

Menurut mangsa lagi, dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan rapper yang terkenal dengan lagu Hot In Here itu.

Nelly bagaimanapun telah pun dibebaskan dari tahanan selepas disoal-siasat pihak berkuasa Sabtu lalu.

Peguam Nelly, Scott Rosenblum menafikan dakwaan tersebut sambil menambah mangsa hanya inginkan perhatian media.

Nelly, 42, menulis status di laman Twitter mengatakan dia telah difitnah dengan jenayah yang tidak dilakukannya.

“Saya memang tak bersalah. Saya merupakan mangsa fitnah semata-mata,” tulisnya. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button