AntarabangsaHollywood

Netizen Kutuk Patung Lilin Lady Gaga Di Peru

Lady Gaga tidak dinafikan merupakan satu nama besar dalam industri nyanyian antarabangsa.

Jadi, tak hairanlah dirinya sering kali diabadikan dalam muzium patung lilin yang terdapat di serata dunia.

Namun, baru-baru ini patung lilin figura berusia 29 tahun itu mendapat kritikan hebat dari netizen seluruh dunia.

Semuanya gara-gara kerana sebuah muzium lilin di Peru yang telah mencacatkan penampilan penyanyi lagu Bad Romance itu, yang mana ia langsung tidak sama seperti Lady Gaga.

Semua tahu patung lilin yang didedikasikan buat figura-figura terkenal itu perlu memiliki ketinggian, rupa paras dan saiz badan yang sama dengan seperti yang sebenar.

Namun, patung lilin Lady Gaga di Peru ini langsung tidak menyamainya sehinggakan peminat setia wanita popular itu melahirkan kekecewaan di atas perkara tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button