Cerita ArtisHiburan

Netizen Puji Fikry ‘Tutup’ Aurat Uqasha Di Laman Sosial

Pelakon yang semakin menyinar namanya, Fikry Ibrahim dipuji netizen kerana mengambil inisiatif ‘menutup’ aurat rakan pelakon Uqasha Senrose menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instgramnya.

Menerusi foto empat pelakon utama drama Rahsia Hati Perempuan itu, Fikry mengedit bahagian rambut Uqasha sehingga kabur.

Rata-rata netizen memuji tindakan Fikry yang dilihat prihatin dengan aurat wanita yang boleh dikongsikan kepada umum.

Menerusi sebuah portal hiburan, Fikry dikatakan berbuat demikian kerana enggan menanggung dosa orang lain.

“Buat apa saya nak tanggung dosa orang lain. Selagi boleh dielak, saya akan cuba elak. Kalau saya tak muat naik foto dia, takut nanti jadi salah faham. Jadi nak atau tak nak, saya terpaksa kaburkan rambut dia.

“Saya ada baca juga komen netizen yang mempertikaikan kenapa saya buat macam itu. Tak kisahlah mereka nak kata apa. Tapi selagi saya boleh elak, saya akan cuba,” katanya.

Fikry kini muncul dalam drama Rahsia Hati Perempuan yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria 104.

Selain Fikry dan Uqasha, naskhah itu turut dibintangi Mira Filzah dan Hisyam Hamid. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button