Cerita ArtisHiburan

Anzalna Kini Tidak Lagi Kejar Populariti

Pelakon Anzalna Nasir mengakui sekarang ini dia hanya mengambil satu projek drama sahaja pada setiap tahun bagi memberi fokus kepada kehidupan rumah tangganya.

Menurut Anzalna, selain dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap tawaran lakonan yang diambil, Anzalna juga mengambil kesempatan ‘cuti panjang’ selepas suatu projek drama itu habis sebagai masa untuk ‘berbulan madu’ sekali lagi bersama suami tercinta, Mohd. Hanif Zaki.

“Buat masa sekarang ini saya tak akan ambil banyak tawaran lakonan dalam satu-satu masa supaya saya boleh habiskan masa bercuti dengan suami.

“Misalnya, hujung tahun ini kami akan bercuti di Jepun untuk bermain ski di sana. Keluarga Hanif juga akan turut sama dalam percutian kali ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk semburan anti jerawat, Bye-Bye Zits di Empire Medispa, M-City semalam.

Anzalna, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Hanif pada 21 Februari 2016 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Ditanya tidakkah dia risau popularitinya akan merudum sekiranya jarang-jarang muncul di kaca televisyen, Anzalna menjelaskan populariti tidak lagi menjadi keutamaannya.

Bagaimanapun, pelakon yang dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja itu tidak menafikan bahawa media sosial kini menjadi platform penting yang terus menghubungkannya dengan peminat.

“Alhamdulillah… dengan adanya media sosial, walaupun tak keluar TV saya masih boleh update perkembangan di situ. Saya pun selalu muat naik gambar setiap hari di laman sosial,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam produk semburan anti jerawat itu, Anzalna berkata dia pernah melalui satu fasa di mana wajahnya dinaiki jerawat yang banyak disebabkan malas menjaga muka sebelum ini.

Anzalna bersama pengasas produk Bye-Bye Zits, (dari kiri) Zetty Adila dan Zetty Alia bersama pengasas Empire Medispa, Hazira Taharin dan Dr. Aznul Hafiz Abu Shahid.

“Dahulu saya sangat kedekut nak keluarkan duit untuk penjagaan kulit. Dulu memang saya tak jaga muka, saya boleh tidur dengan mekap sehingga menyebabkan wajah dinaiki jerawat, sekali gus merosakkan kulit muka.

“Sejak itu, saya mula cari produk yang sesuai dengan muka. Semua produk yang saya gunakan tak berkesan, sehinggalah saya diperkenalkan dengan Bye-Bye Zits oleh Alia dan Adila.

“Bye-Bye Zits memang sesuai untuk kulit saya yang sensitif dan ia juga sesuai untuk semua jenis kulit muka. Selain itu, ia juga boleh digunakan oleh kaum wanita dan lelaki dari pelbagai peringkat umur,” katanya lagi.

Bye-Bye Zits merupakan produk usaha sama pelakon itu dengan rakan baiknya, Zetty Alia Ramly dan Zetty Adila Ramly. Produk yang berharga RM69.90 itu boleh didapati di Empire Medispa dan stokist-stokist di seluruh negara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button