Bunkface Harap Tolong Dapat Beri Sokongan Moral Kepada Rakyat Malaysia
Sepanjang berlakunya penyebaran virus Covid-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia, ramai penyanyi tempatan yang telah muncul dengan lagu-lagu tentang wabak tersebut.
Yang terbaharu, kumpulan Bunkface telah melancarkan single mereka berjudul Tolong yang berkisar tentang keadaan dunia memerangi virus Covid-19 dan umat manusia menjalani proses kuarantin serta diminta untuk duduk di rumah sahaja.
“Kami berharap lagu ini sekurang-kurang akan dapat memberi sedikit sebanyak sokongan moral kepada rakyat seluruh rakyat Malaysia.
“Kami sedar dalam keadaan yang agak terbatas sekarang ini, hampir tiada sesiapa pun yang tidak terjejas sama ada dari segi zahir atau pun batin,” ujar Bunkface dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Percayalah, penyatuan kita sebagai satu komuniti manusia akan mampu menangani apa jua masalah, Insya Alllah.” –
Dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bunkface, muzik video lagu Tolong juga dihasilkan atas usaha tolong-menolong dalam kalangan peminat Bunkface dan rakyat Malaysia. – KopiPlanet.com