
Di Matamu Pecah Rekod Raih 50 Juta Tontonan Di Youtube
Penyanyi Sufian Suhaimi terharu apabila muzik video Di Matamu berjaya memecah rekod lagu artis Malaysia yang meraih 50 juta tontonan di Youtube.
Sehingga jam 11 malam, lagu Dimatamu berjaya meraih 50 juta tontonan sekaligus memadam rekod lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino yang meraih 49.9 juta tontonan.
Menurut Sufian, rekod sebelum ini disandang oleh Aiman Tino melalui lagu Ku Rela Dibenci dan perkongsian berita gembira itu diluahkan menerusi akaun Instagram milik Sufian semalam.
“50 juta ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pendengar #DiMatamu sehingga berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh adik saya, @official_aimantino sebelum ini.
“Doakan saya dapat membuat persembahan seperti yang dirancang untuk AJL nanti. Doakan saya diberikan kesihatan yang baik. Salam 50 juta,” tulis Sufian.
Selain itu, Sufian akan bersaing dengan 11 finalis lain di Anugerah Juara Lagu ke-33 yang bakal berlangsung pada 3 Februari ini dengan mempertaruhkan lagu Di Matamu ciptaan Sirkhan dan Ibnu. – KopiPlanet.com