Cerita ArtisHiburan

Gemar Gaya Timeless, Yuna Teruja Kolaborasi Dengan Christy Ng

Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna melahirkan rasa teruja di atas kolaborasinya bersama pereka beg dan kasut terkenal, Christy Ng.

Menurut Yuna, dia sudah lama menyimpan hasrat ingin mengeluarkan koleksi tas tangan dan kasut dan akhirnya impiannya itu terlaksana menerusi projek usaha sama bersama usahawan wanita tersebut.

“Sebenarnya saya memang dah lama minat nak menghasilkan beg tangan dan kasut dan tercari-cari juga seseorang yang boleh bantu saya dalam bidang ini.

“Bila Christy ada emel beritahu hasrat nak berkolaborasi, saya lagilah teruja dan akhirnya terhasillah koleksi Alis Bag yang direka mengikut citarasa kami berdua,” kata Yuna kepada KopiPlanet.com.

Yuna ditemui pada majlis pelancaran rangkaian tas tangan dan kasut Yuna X Christy Ng yang berlangsung di Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Yuna, rekaan beg dan kasut koleksi Alis dihasilkan mengikut gaya yang diminatinya, iaitu ia perlu ‘timeless’ agar sentiasa relevan untuk dipakai pada bila-bila masa.

“Saya seorang yang tidak percaya pada ‘trend’, sebaliknya saya suka sesuatu fesyen yang ‘timeless’ dan juga yang menampilkan aspek ‘simplycity’.

“Saya suka pakai sesuatu yang boleh dipakai setiap hari dan pada bila-bila masa malah koleksi beg dan kasut ini juga sesuai dipakai oleh wanita daripada semua peringkat usia,” ujarnya lagi.

Koleksi kasut dan tas tangan Alis yang didatangkan khas dalam tujuh variasi warna ini sudah boleh didapati sejak 5 Januari lalu. Setiap produk dijual pada harga RM189 seunit. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Yuna

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button