
Nabila Huda Mengamuk, Maki Bekas Suami Di Media Sosial?
Balik kerja tadi dalam merempuh kesesakan lalu lintas, Cik Kopi sempatlah tengok-tengok media sosial.
Tak semena-mena mata Cik Kopi tertancap pada satu status pelakon popular Nabila Huda yang macam tengah mengamuk kat seseorang.
Dari luahan itu, Nabila mendakwa individu yang dimaksudkan itu sering kali mengajar anak tunggalnya, Keisha Laila, 8, untuk menipu dirinya.
Apa yang Cik Kopi perhatikan, Nabila dipercayai melampiaskan amarahnya terhadap bekas suami yang dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga ketika mereka bergelar suami isteri.
Nabila dan Zaidi berkahwin pada Disember 2008 dan kemudiannya disahkan bercerai pada Ogos 2011.
Kata aktres itu, disebabkan bengang dengan perbuatan bekas suaminya, dia terpaksa membongkarkan semua rahsia buruk Zaidi yang selama ini dipendam olehnya.
Hmmm, harap-harapnya kedua-dua Nabila dan Zaidi dapat duduk berbincang baik-baik.
Tak baiklah bergaduh di laman sosial, anak pun sudah boleh membaca, nanti tak pasal-pasal dia sedih bila baca berita ibu dan bapanya bergaduh sakan di media sosial. – KopiPlanet.com
P.S: Suka tengok hubungan kekeluargaan harmoni yang dibina Norman Hakim dan Abby Abadi dengan pasangan masing-masing.