
Selepas Muhammad Sajjad, Kini Safiey Illias Post Video Berbikini
Sebelum ini, usahawan selebriti Muhammad Sajjad Kamaruzzaman @ Nur Sajat pernah mendapat kecaman netizen gara-gara memuat naik video berbikini ketika berada di luar negara.
Bagaimanapun, kali ini seorang lagi usahawan selebriti iaitu Safiey Illias pula mengikut jejak langkah Nur Sajat apabila turut tampil berbikini di laman sosial Instagram.
“Jom mandi,” tulisnya ringkas di ruangan caption video berkenaan.
Namun begitu, ternyata tindakan Safiey Illias memuat naik video berkenaan sememangnya turut mengundang kecaman daripada netizen.
“Kenapa nak lawan kuasa tuhan? Tak takut ke? Tak nampak ke ape yg dh belaku, bencana alam sana sini. Tak reti bersyukur lagi ke @safieyillias94.
“Mmg mengundang kecaman netizen la mu ni. Org kecam/nasihat bukan nk jatuhkan mu, sbb nk igtkan sesama manusia hokayyy,” ujar seorang netizen yang menggunakan nama @qurayshin87.
Malah, ada netizen yang meminta supaya orang ramai untuk memboikot produk yang dijualnya dan tidak ketinggalan ada yang mengatakan ia merupakan strategi pemasaran yang dilakukannya. – KopiPlanet.com