Cerita ArtisHiburan

Siti Nordiana Ada Alasan Sendiri Nak Protege Yang Masih Bujang

Menyertai senarai mentor bagi program realiti Mentor 7, penyanyi Siti Nordiana Alias mempunyai alasan yang tersendiri kenapa dia meletakkan syarat bakal protegenya nanti perlu merupakan seorang yang masih belum berkahwin.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana, dia bukannya bersikap prejudis terhadap anak didik yang sudah berkahwin sebaliknya perkara itu dinilai kerana bersandarkan pengalamannya sendiri.

“Bukan saya tidak sukakan mereka yang sudah berkahwin. Jika dia bagus dan boleh memberikan sepenuh komitmen, kenapa tidak? Sebagai penyanyi yang memulakan kerjaya sejak sekolah lagi, saya sudah melalui banyak peralihan.

“Daripada fasa solo, berkahwin dan kemudian menjadi ibu tunggal, semua laluan sudah saya jalani. Tidak mudah menyusun dan kemudian menjadi ibu tunggal, semua laluan sudah saya jalani. Tidak mudah menyusun masa apabila sudah berumahtangga, namun jika disertakan dengan semangat, ia dapat melancarkan urusan.

“Cuma, kalau rasa dia mampu memenuhi segala syarat dan paling penting memiliki vokal serta tahu menyanyi lagu pelbagai genre, mereka dipersilakan datang ke uji bakat saya nanti,” katannya kepada KopiPlanet.com.

Nana ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan tenaga pengajar Mentor 7 di Sri Pentas Bandar Utama, Damansara baru-baru ini.

Selain Nana, tiga lagi selebriti yang dipertanggungjawabkan sebagai mentor bagi musim ini ialah Datuk Syafinaz Selamat, Hafiz Suip dan Aizat Amdan.

Sesi uji bakat akan bermula di Hotel Promenade, Kota Kinabalu pada 18 dan 19 Ogos, disusuli Sri Pentas pada 8 dan 9 September depan membabitkan pencarian protege Syafinaz, diikuti Aizat (15 dan 16 September), Hafiz (22 dan 23 September) dan Siti Nordiana (29 dan 30 September). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button