Rancangan TVTV

Zaaim Muncul Juara Mentor 7, Bawa Pulang Wang Tunai RM80,000

Protege kepada penyanyi Siti Nordiana iaitu Zaaim Abdullah telah dinobatkan sebagai juara rancangan Mentor 7 yang berlangsung malam tadi.

Dalam saingan final yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Zaaim menewaskan tiga lagi peserta iaitu Farranisha Shazwany Mohd. Faizul (Ranisha), Faizul Ashraf Fauzi (Pasya) dan Muhammad Azmirul Hafiz Azman (Azmirul).

Untuk persembahan, ternyata Zaaim berhasil memikat hati juri menerusi persembahan dua buah lagu iaitu Bukan Rayuan Gombal (solo) dan Gemuruh (duet bersama Lan Solo).

Dengan kejayaan tersebut, Zaaim telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM80,000 serta sebuah kereta tajaan Aerocar dan trofi.

Sementara itu, Pasya yang membawakan lagu Bunga-Bunga Cinta (solo) dan Bohemian Rhapsody (duet bersama Jaclyn Victor) pula sekadar berpuas hati meraih gelaran nain juara.

Untuk tempat ketiga pula diraih oleh Azmirul dan Ranisha pula sekadar berpuas hati di tempat ke-4. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 (naib juara), RM20,000 (ketiga) dan RM10,000 (ke-4) berserta trofi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button