Cerita ArtisHiburan

Nia Ramadan & Suami Ditahan Polis Berkaitan Kes Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu

Polis Jakarta mengesahkan telah menahan pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardie Bakrie berkaitan kes penyalahgunaan dadah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan polis, pihaknya telah merampas barang-barang bukti yang merupakan dadah jenis syabu.

Bagaimanapun, ketika ini jumlah berat dadah syabu yang dirampas masih belum diketahui.

Pada masa ini, pasangan tersebut telah ditahan di Polres Metro Jakarta Pusat untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, Nia Ramadhani turut dikenali di Malaysia menerusi drama sinteron Bawang Merah Bawang Putih yang pernah ditayangkan di stesen TV di negara ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button