Cerita ArtisHiburan

Nia Ramadhani Menangis Ketika Sidang Akhbar, Mengaku Ambil Syabu & Tunjuk Contoh Yang Tidak Baik

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani kelihatan menangis ketika membuat kenyataan dalam satu sidang akhbar semalam.

Nia berkata, dia mengaku telah menggunakan dadah jenis syabu dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada keluarga dan masyarakat.

“Saya Nia Ramadhanu Bakrie dengan rendah diri mohon maaf kepada semua ahli keluarga dan mereka yang menyayangi saya.

“Saya seharusnya memberikan contoh lebih baik terutama buat anak-anak saya,” kata Nia sambil menangis di hadapan media.

Pelakon yang popular menerusi sinetron Bawang Merah Bawang Putih ditahan bersama pemandu peribadinya pada 7 Julai lalu dengan syabu seberat 0.78 gram turut ditemui.

Selain itu, suaminya, Ardi Bakrie turut menyerah diri sejurus Nia ditahan polis dan mengakui sudah lama menghisap syabu secara haram di kediaman mereka. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
3
+1
2
+1
5
+1
10
+1
8
+1
22

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button