AntarabangsaHollywood

Nick Jonas Bawa Orang Tuanya Jumpa Keluarga Priyanka Di India

Nampaknya majlis perkahwinan pasangan terhangat pada masa kini, Nick Jonas dan pelakon Priyanka Chopra mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat.Ketika ini, Nick sudah pun membawa kedua ibu bapanya, Kevin Jonas Sr dan Denise untuk bertemu ahli keluarga Priyanka di India.Mereka tiba di India pada Khamis lalu bagi bertemu dan berbincang mengenai persiapan perkahwinan kedua-dua belah pihak.

Kemunculan Nick kali kedua ke India hanya ditemani ibu bapanya tanpa kehadiran abangnya, Kevin dan Joe serta adik lelakinya, Frankie.

Nick dan Priyanka bertunang pada 18 Julai lalu yang merupakan ulang tahun kelahiran ke-36 aktres itu di kota London.

Mereka pertama kali bertemu ketika menghadiri majlis pertunjukan fesyen Met Gala tahun lalu sebelum berhubungan mesra pertengahan tahun ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button