Cerita ArtisHiburan

Nikmati Makan Malam Bersama Kuatkan Lagi Gosip Hubungan Istimewa Shuib & Watie

Pernah menafikan menjalinkan hubungan istimewa bersama wanita dikenali sebagai Watie, kini nama pelawak dan penyampai radio popular, Shuib kembali menjadi bualan peminat.

Ia berikutan tersebarnya sebuah gambar Shuib bersama-sama Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin menikmati hidangan di sebuah restoran mewah Gordon Ramsay.

Namun yang menjadi perhatian kelihatan seorang wanita di sebalik cermin yang memamparkan seorang wanita yang mengambil gambar tersebut.

Biarpun tidak nampak terlalu jelas, menerusi carian yang dibuat netizen mendapati wanita berkenaan adalah Watie yang pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan Shuib sebelum ini.

Lebih menguatkan lagi bukti apabila wanita tersebut juga berkongsi sedang menikmati hidangan di tempat dan masa yang sama dengan Shuib dan anak-anaknya.

Malah, kelihatan juga Shuib dan Watie memakai pakaian yang warna sedondon iaitu hitam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button