Cerita ArtisHiburan

Nissa Sabyan Akui Warisi Bakat Nyanyian Daripada Bapa

Vokalis kumpulan nasyid terkenal dari Indonesia, Sabyan Gambus iaitu Khoirunnisa atau Nissa Sabyan mengakui dia mewarisi bakat nyanyian daripada bapanya.

Nissa yang ditemui KopiPlanet.com berkata, setakat ini hanya dia seorang sahaja yang kini terlibat aktif dalam bidang nyanyian bersama Sabyan Gambus.

“Tidak dinafikan yang minat dalam bidang nyanyian ini timbul memandangkan ayah saya juga terlibat dalam bidang seni suara.

“Namun begitu, dalam keenam-enam orang adik beradik, hanya saya seorang sahaja yang kini aktif sebagai penyanyi,” ujarnya gadis yang baru mencecah usia 19 tahun itu.

Dalam pada itu, Nissa turut mengakui dia bersama ahli kumpulan lain berasa sangat teruja apabila Sabyan Gambus turut menarik perhatian Perdana Menteri Pakistan iaitu Imran Khan.

Menurutnya, mereka tidak menyangka salah satu lagu nyanyian mereka berjudul Ya Habibal Qalbi dimuat naik di Twitter pemimpin berkenaan.

“Sudah tentu kami semua sangat terkejut apabila lagu nyanyian Sabyan Gambus mendapat perhatian sehingga ke Pakistan dan daripada pemimpinnya sendiri.

“Apa pun kami ucapkan ribuan terima kasih dan ini juga membuatkan kami sangat teruja untuk mengadakan konsert di negara berkenaan,” ujarnya.

Sabyan Gambus bakal mengadakan konsert pertama di luar Indonesia dengan memilih Malaysia sebagai lokasi sulung pada 12 Januari 2019 di Stadium Malawati Shah Alam.

Tiket-tiket berharga RM229 (MH3), RM249 (MH2), RM299 (MH1), RM359 (VIP), RM499 (GOLD) dan RM999 (PLATINUM) sudah mula dijual dan boleh dibeli secara online menerusi www.ticket2u.com.my/konsertsabyan2019. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button