EventHiburan

Nizam Laksamana Akui Ada Pihak Tuduh Dirinya Kaut Keuntungan Anjurkan Showcase Amal

Lokasi Grand Ballroom, Hotel Grand Barakah, Ampang bakal menjadi saksi kepada sebuah Showcase Amal yang mana terasnya adalah bagi membantu golongan anak seni serta bekas pengamal media yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Penganjur showcase, Nizam Laksamana Production yang diterajui oleh penyanyi Nizam Laksamana memanjatkan doa dan harapan agar niat murni ini dipermudahkan Allah SWT dan jualan meja dapat dipenuhi sebelum tarikh 1 Jun 2024.

Untuk Showcase Amal Artis Legenda 4.0, yang akan berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Grand Barakah, Ampang, Nizam akan menghiburkan para tetamu bersama dengan rakan-rakan artis lain seperti Zamani Slam, Zarul Umbrella, Acong Sweetchild, Tam Spider, Shafie Rio, Ameng Spring, Dwen, Ady Wow, Mawi dan Wann.

Menurut Nizam, penganjuran showcase kali ini adalah yang terakhir akan dibuat berikutan ‘semangat’ pudar untuk menjayakan showcase yang sudah memasuki edisi keempat ini.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah alhamdulillah kerana penganjuran showcase 4.0 tetap mendapat sambutan walaupun sedikit perlahan jika dibandingkan penganjuran showcase 1.0, 2.0 dan 3.0.

“Pernah ada pihak mengatakan saya mengaut keuntungan dengan menganjurkan showcase ini walaupun pada dasarnya tiada ‘gaji’ pon bersama pasukan saya. Permohonan dana pun pernah ditolak walaupun dah melalui proses pitching.

“Pernah juga terucap perkataan ‘batal’ sahaja kerana pandangan serong sesetengah pihak serta janji- janji manis yang ditabur golongan korporat bagi menaja penganjuran showcase. Namun atas motivasi dan sokongan pasukan showcase ini serta pihak media membuatkan saya meneruskan juga matlamat yang telah dirangka. Menambahkan lagi sebak didada apabila tiga orang sahabat yang pernah menyertai showcase ini telah pergi meninggalkan kita iaitu arwah Gmie Screen, Tia Jinbara dan Ibnor Riza.

“Showcase ini bukan semata-mata hiburan saja, sebaliknya adalah tempat perjumpaan antara peminat dengan penyanyi kegemaran mereka. Selepas acara selesai, peminat berpeluang untuk beramah mesra dengan artis yang terlibat. Paling penting penganjuran ini juga adalah untuk menyantuni pesakit dan bekas pesakit kanser,” katanya.

Tambah Nizam, sebahagian kutipan jualan meja dan sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada Cancer Survivors Malaysia satu badan NGO yang aktif memberi bantuan kepada pesakit kanser. Selain itu sebahagian kutipan juga akan disalurkan kepada penggiat seni dan bekas pengamal media yang kini disenaraikan seramai 20 orang.

Menyentuh mengenai persembahan Showcase Amal Artis Legenda 4.0, kami merancang satu naratif muzik kerana setiap penyanyi mewakili genre dan zaman kegemilangan masing-masing walaupun dengan menggunakan minus-one ataupun iringan gitar akustik.

“Sesungguhnya saya beruntung kerana mendapat rakan-rakan artis yang sama-sama bersemangat untuk menjayakan showcase ini. Bagi mereka, inilah cara untuk membantu orang lain,” ujarnya.

“Sokongan pihak media yang sentiasa menyiarkan cerita membina dan positif tentang showcase ini betul-betul buat saya terharu. Laporan dan cerita yang disiarkan sangat menggerakkan jualan meja walaupun ianya hanya showcase amal.

“Sesungguhnya Showcase amal ini bukanlah hasil kerja saya seorang, tanpa bantuan pasukan saya yang menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan showcase pertama hingga kali ke empat ini semestinya Azmi Jamsari dari Saudagar Seni serta Remy Daud. Pasukan SAAL4.0 ini juga berpeluang menambah ahli iaitu Hamri yang membantu dari sudut rekaan grafik.

“Harapan saya agar showcase terakhir ini akan membuka mata pada rakan-rakan seni yang lain yang boleh buat dan membantu, bersama kita bersolidariti membantu penggiat seni. Keduanya, yang ada kesenangan dan kemampuan seperti syarikat sepatutnya boleh datang untuk memberi tajaan kepada program begini.

Kepada peminat yang ingin membuat tempahan meja dan tempat duduk boleh terus berhubung dengan En Remy Daud +60183536786. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button