Cerita ArtisHiburan

Noh Salleh Mohon Maaf Dedah Wajah Anak Angkat, Akui Tidak Tahu Perjanjian Antara Mizz Nina & Ibu Kandung Musa

Penyanyi popular, Noh Salleh mengakui dia tidak tahu mengenai perjanjian yang dibuat antara bekas isterinya, Mizz Nina dengan ibu kandung kepada anak angkat mereka iaitu Musa.

Noh berkata, dia memuatnaik gambar Musa dan mendedahkan wajah kerana terlalu rindukan anaknya itu.

“Saya tidak tahu menahu akan perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung dan pihak bekas isteri saya, Mizz Nina di mana kami dilarang untuk memuat naik gambar muka Musa di mana-mana platform.

“Saya hanya berbuat demikian kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Musa bukan berada di bawaah jagaan saya pada waktu ini dan telah pun saya serahkan kepada pihak Mizz Nina seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini,” ujarnya.

Noh berkata demikian menerusi satu video serta caption yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya hari ini.

Sebelum ini, ibu kandung Musa yang dikenali sebagai Athirah mengecam tindakan Noh yang mendedahkan wajah anaknya di media sosial dan menyatakan penyanyi itu melanggar perjanjian yang telah dibuat.

Sehubungan itu, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan lantas membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang diminta ibu kandung Musa.

“Saya, Mohammad Noh bin Salleh ingin memohon maaf secara terbuka kepada ibu kandung Musa, Wan Nuraisyah Athirah binti Wan Amizulkhidi dan akan turuti tuntutan beliau untuk tidak memuat naik gambar muka Musa lagi dan akan memadam gambar2 yang mengandungi muka Musa di laman sosial saya.

“Saya juga berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana saya sudah pun mendapat perintah untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 February ini bagi proses Sulh dan 6 February untuk perbicaraan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button