Cerita ArtisHiburan

Nonny Nadirah Kembali Aktif Di Instagram, Kongsi Gambar Pegang Burung Merpati Jadi Tanda Tanya

Setelah memadamkan video yang mencetuskan kontroversi di Instagram baru-baru ini, pelakon Nonny Nadirah dilihat tidak memuat sebarang posting di laman sosial.

Bagaimanapun, Nonny kini kembali aktif di Instagram dengan memuat naik beberapa posting di Insta Story miliknya.

Pada kali ini, tiada lagi sebarang posting yang menunjukkan gambar dirinya tampil seksi.

Antara yang menjadi tumpuan adalah video dia memegang burung merpati serta gambar burung merpati yang di kelilingi bentuk hati.

Ternyata tindakan yang dilakukan oleh Nonny ini sekali gus menjadi tanda tanya ramai pihak di sebalik posting yang dimuat naik.

Namun begitu, menerusi carian yang dibuat di Internet, didapati banyak penjelasan yang menyatakan bahawa burung merpati merupakan simbol kedamaian dalam ajaran sebuah agama. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
5
+1
13

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button