HiburanSelebriti

Noor Kartini Buat Laporan Polis, Pekerja Salah Guna Akaun Instagram Miliknya Minta Sultan Johor Suruh Agong Batalkan Darurat

Ibu kepada Neelofa, Noor Kartini telah membuat satu laporan polis berikutan satu posting di Insta Story yang telah viral iaitu meminta Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menyuruh DYMM Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah supaya membatalkan darurat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Noor Kartini menyatakan perkara yang berlaku itu adalah atas kecuaian salah seorang pekerjanya.

“Berhubung tangkap layar daripada media sosial (Instagram story)saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada sosial media (instagram) saya.

“Beliau yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuatnaik instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini),” jelasnya.

Ternyata posting berkenaan telah dikongsikan oleh salah seorang anak baginda Sultan Johor iaitu Tunku Idris dan kini sudah menjadi viral.

Pada masa sama, ibu kepada pengacara berkenaan juga telah membuat satu laporan polis.

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
6
+1
2
+1
6
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button