Cerita ArtisHiburan

Noor Kartini Maklumkan Keluarga Di Kelantan Masih Tiada Gambar Bilal, Serahkan Pada Neelofa Untuk Kongsi Gambar Anak Kepada Umum

Ibu kepada usahawan dan selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini memaklumkan ahli keluarga di Kelantan masih belum memiliki gambar cucunya, Muhammad Bilal Muhammad Haris.

Noor Kartini berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada Neelofa untuk anaknya itu berkongsi wajah cucunya kepada umum.

“Saya menghormati privasi Neelofa dan langsung tidak bertanya kepadanya berkenaan perkongsian wajah anaknya, malah ahli keluarga di Kelantan juga tidak ada gambar Bilal.

“Neelofa kini sedang berpantang di rumahnya sendiri dan setiap hari dia akan menghantar gambar Bilal, namun ia bukanlah untuk dikongsi kepada umum,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid yang berlangsung pada pagi tadi.

Menurut Kartini, meskipun kini Neelofa sedang berpantang di rumah sendiri, setiap hari dia akan datang untuk melihat anak dan cucunya dengan meluangkan masa selama beberapa jam.

“Alhamdulillah, Bilal seorang cucu yang tidak banyak meragam dan mudah dijaga. Namun, saya akan selalu berpesan kepada Neelofa perkara-perkara yang penting ketika berpantang.

“Lagipun Neelofa juga sudah ada pengalaman menjaga anak saudaranya sebelum ini. Cuma, ia pastinya berbeza apabila menjaga anak sendiri,” ujarnya.

Neelofa dan Haris atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka selamat menimang cahaya mata pertama 29 Januari lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
6
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button