![](https://www.kopiplanet.com/wp-content/uploads/2021/01/Screenshot-2021-01-13-at-10.26.57-PM-770x470.png)
Ibu kepada pengacara dan pelakon terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tampil memohon maaf atas kata-kata dalam kandungan video mengenai daging Harimau Menangis yang telah tular.
Permohonan maaf berkenaan dibuat menerusi perkongsian di Instagram Aunty Tini Kitchen hari ini.
“Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai bungkusan produk yang pihak kami pasarkan. Selain itu, pihak kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat.
“Pihak kami memohon maaf atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular di media sosial pada malam 12 Januari 2021,” ujar kenyataan berkenaan.
![](https://www.kopiplanet.com/wp-content/uploads/2021/01/Screenshot-2021-01-13-at-10.15.32-PM-1024x649.png)
Dalam pada itu, mengenai permohonan trademark Harimau Menangis oleh pihaknya kepada MyIPO, beliau menjelaskan permohonan tersebut adalah bersifat untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan HARIMAU MENANGIS pada bungkusan produk.
“Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak kami dan pengguna di luar sana,” ujarnya. – KopiPlanet.com