Cerita ArtisHiburan
Noryati Taib @ ‘Makcik Petir’ Telah Disahkan Meninggal Dunia
Industri hiburan negara kehilangan seorang lagi pelakon yang disegani apabila pelakon Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai ‘Makcik Petir’ telah disahkan meninggal dunia.
Perkara berkenaan telah dinyatakan sendiri oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim menerusi akaun Facebook miliknya.
“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan MAMA saya (Hajah Noryati Bte Taib) telah meninggal dunia pada 1.45pagi sbntar tadi.
“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.
Pada tahun 2017, Noryati pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.
Malah, pada Februari lalu, arwah juga pernah disahkan positif Covid-19. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
1
+1
1
+1
+1
8
+1
6
+1
26