Cerita ArtisHiburan

Nourul Depp Sudah Tanya Anak Dahulu Sebelum Jual Cincin Perkahwinan Pertama

Penyanyi popular Nourul Depp telah bertindak untuk menjual cincin perkahwinan pertamanya sebelum berhijrah ke Bali, Indonesia.

Namun begitu, ada yang mempertikaikan tindakannya, malah menyuruh dia menyerahkan sahaja cincin berkenaan kepada anak perempuannya, Ayu Nazirah.

Menerusi satu posting di Instagram, Nourul telah memberikan penjelasan mengenai perkara berkenaan.

“Nota kaki: Ayu tak mau. Kami tanya dia dulu. Dia keutamaan. Dan dia tak suka emas. Dia izinkan saya buat movement ni.

“Sekian. Khas buuat semua kk joyah yang rajin bagi pendapat. InsyaAllah masih berakal. Family keutamaan kami,” ujarnya.

Ujar Nourul, ketika ini cincin tersebut juga sudah berjaya dijual kepada seorang individu.

“Tahniah Cik @hayani_h24 pembida tertinggi iaitu RM750. Selesai dah kes cincin ni. 

“Semoga yang memerlukan barang keperluan mendapat manfaatnya. Amin,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button