Cerita ArtisHiburan

Nuha Bahrin Tampil Dengan XSempurna, Paparan Kisah Sebenar Dirinya Bermula Sebagai Penyanyi

Nuha Bahrin merupakan seorang pendatang baharu dalam industri muzik dengan membina nama menerusi lagu covernya iaitu Hurt nyanyian Christina Aguilera.

Apa yang paling menarik serta turut mencuri perhatian apabila penyanyi antarabangsa tersebut sendiri turut repost nyanyian Nuha di Instagram miliknya.

Kini, Nuha Bahrin telah mengeluarkan single petamanya pada 5 Mac lalu yang berjudul XSempurna.

XSempurna secara keseluruhanya memaparkan pengkisahan sebenar yang dilalui oleh penyanyi Nuha Bahrin, dikutuk dan dihina oleh satu dunia.

Namun begitu, bagi komposer Ezra Kong, dia melihat bakat besar yang ada pada Nuha lalu menyediakan lirik dan melodi serta susunan muzik yang sesuai bakal membuat para pendengar ralit.

Manakala dalam susunan plot cerita di dalam muzik video (MV) XSempurna adalah secara sinematik yang hanya bermainkan emosi penyanyi berkenaan.

“Makna lagu ini juga merangkumi perjalanan saya menjadi penyanyi dan artis yang sangat baru dalam industri muzik dan bagaimana saya telah belajar banyak perkara pada masa lalu. Itu adalah pengalaman manis yang sangat pahit. Bagi saya itu adalah salah satu rahmat terbesar saya kerana Allah menguji saya seperti itu.

“Saya memperoleh lebih banyak pengetahuan daripada orang di sekeliling saya, membimbing saya untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, dan benar-benar menunjukkan betapa orang benar-benar peduli terhadap saya. Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang saya tidak tahu dan saya sangat berterima kasih untuknya,” ujarnya.

Mengenai pembikinan MV pula, Nuha memberitahu proses penggambaran kami terpaksa diawalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan bermula ketika itu.

“Dengan keputusan pada saat akhir pihak produksi bertungkus-lumus menyelesaikan pengambaran sebelum jam 12 tengah malam.

“Saya sangat bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang menolong saya semasa penggambaran. Allah sahaja dapat membalas jasa baik semua pada hari itu,” ujarnya.

Hasil karya yang terbaru ini adalah gabungan kerjasama diantara BeeGood Music dan Universal Music Malaysia ini diharapkan dapat memeriahkan lagi persada seni muzik tanah air.

MV XSempurna telah disiarkan secara rasmi pada 5 Mac lalu di saluran YouTube BeeGood Music, manakala hasil karya terbaru ini juga boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Joox dan YouTube Music pada tarikh yang sama. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button