![](https://www.kopiplanet.com/wp-content/uploads/2023/11/Screenshot-2023-11-30-at-3.01.17-PM-724x470.png)
Nur Nilam Ortiz Sahkan Sudah Berpisah Dengan Azlan Komeng, Beri Bayangan Rumah Tangga Musnah Disebabkan Orang Ketiga
Isteri kepada kepada pelakon Azlan Komeng popular, Nur Nilam Ortiz mengesahkan bahawa dia kini sudah pun bercerai dengan aktor berkenaan.
Nur Nilam berkata, dia akan hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan lafaz cerai, namun tidak menyatakan secara terperinci punca penceraian mereka.
“Saya dan Komeng sudah bercerai, tetapi kena tunggu untuk ke mahkamah untuk sahkan lafaz cerai sebab lafaz dibuat di luar mahkamah.
“Walaupun saya bukanlah seorang rakyat Malaysia, namun saya menghormati undang-undang negara ini,” katanya.
Perkara berkenaan didedahkan oleh Nur Nilam menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, dia juga memberi bayangan seakan-akan punca keretakan rumah tangga dan dan Azlan adalah disebabkan orang ketiga yang digelar sebagai ‘pelacur peribadi’.
Malah, Nur Nilam turut menyindir wanita tersebut supaya bersiap sedia melakukan majlis pernikahan selepas urusan perceraian dia bekas suaminya itu selesai.
“Aku rasa kau dah boleh buat persiapan majlis kesyukuran sebab kau teruja nak jadi isteri kepada artis. Aku doakan supaya impian kau menjadi isteri Azlan Komeng tercapai,” luahnya.
Apa yang lebih menjadi tumpuan apabila Nur Nilam memberi bayangan mendakwa wanita tersebut didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Azlan sebelum dia berkahwin.
“Setahu aku sebelum wujud kau, Komeng dah ada isteri tetapi kemudian cerai. Selepas itu dia berkahwin dengan aku, tetap tak ambil kau jadikan isteri. Boleh ke dari title PP menjadi isteri? Semoga berjaya. Aku doakan kau bahagia,” ujarnya. – KopiPlanet.com