Rancangan TVTV

Nusyuz Berkiblat Cinta Angkat Kisah Mengenai Penderaan Dalam Rumah Tangga

Penderaan rumah tangga merupakan tunjang utama kepada penceritaan siri mini terkini Astro RIA iaitu Nusyuz Berkiblat Cinta. Drama yang diterbitkan oleh Arisz Ab. Rahman memaparkan naratif two sides to every story mengenai penderaan domestik yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita.

Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, siri mini Nusyuz Berkiblat Cintaantara drama pertaruhan di Astro RIA membawa kisah yang jarang sekali menjadi tumpuan masyarakat yakni penderaan terhadap suami.

“Penderaan dalam sesebuah rumah tangga seringkali tertumpu terhadap golongan wanita sebagai mangsa. Tetapi ada jua kisah di mana si suami menjadi mangsa penderaan.

“Selain daripada itu, keberanian penceritaan domestic violence di mana lensa ditumpukan terhadap hubungan pasangan suami isteri yang masing-masing boleh menjadi mangsa dan pemangsa penderaan,” jelasnya.

Ujarnya, penceritaan menerusi tujuh episod ini mengisahkan Hawa yang merupakan seorang wanita yang mahukan segala aspek kehidupan mengikut kehendaknya termasuk perkahwinannya dengan Adam. Dia turut bertekad untuk menundukkan suaminya kerana keegoannya.

Jelasnya lagi, keberanian yang ditunjukkan oleh pengarah serta penerbit harus diberi pujian kerana membawa perspektif berlainan berbanding dengan drama-drama mahupun siri yang ada.

“Tiada elemen cliché menerusi penceritaan Nusyuz Berkiblat Cinta. Naratifnya bakal membuatkan para penonton terkesan dengan jalan cerita dua buah rumah tangga yang sedang berkonflik, yang masing-masing ada mangsa serta pemangsa,” jelasnya.

Drama yang menyelit isu-isu rumah tangga itu mengangkat empat orang pelakon muda iaitu Emma Maembong yang memainkan watak utama Hawa, Fikry Ibrahim sebagai Adam, Nadhir Nasar sebagai Erfhan dan Shaza Bae sebagai Safiana.

Sementara itu, Hadith Omar selaku pengarah menyatakan terdapat banyak halangan untuk menghasilkan naskah tersebut, misalnya skrip yang masih dalam pembikinan ketika melakukan penggambaran kerana isu yang diketengahkan bukanlah isu biasa kerana melibatkan fakta dan hukum.

“Drama ini juga mencabar kreativiti saya untuk memberikan paparan visual yang bersesuaian untuk tayangan pada bulan Ramadhan. Subjek yang dipaparkan juga bukanlah subjek kebiasaan atau boleh diambil lewa jadi saya juga perlu melakukan kajian dan banyak membaca mengenai alam perkahwinan.

Drama ini diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada penonton mengenai isu keganasan rumah tangga yang berlaku. Bukan sahaja keganasan terhadap wanita, tetapi juga penindasan terhadap kaum lelaki yang jarang diketengahkan. Drama ini juga mendidik penonton penderaan yang berlaku bukan sahaja melalui fizikal tetapi juga penderaan mental dan juga kata-kata lisan.

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 3 April hingga 15 Mei 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button