Cerita ArtisHiburan

Nyatakan Sokongan Pada Palestin, Daiyan Trisha Tak Kisah Hubungan Kerja Dengan Jenama Antarabangsa Terjejas

Pelakon dan penyanyi popular, Daiyan Trisha menegaskan dia tidak kisah sekiranya sokongan terhadap Palestin membuatkan hubungannya dengan jenama antarabangsa terjejas.

Daiyan berkata, kini sudah tiba masanya untuk dia berdiri teguh dengan prinsipnya dan tidak mahu lagi berdiam diri terhadap pergolakan yang berlaku.

“Mungkin posting ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa, tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama.

“Rezeki ada dimana-mana, dan Allah telah memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini Alhamdulillah,” ujarnya.

Jelas Daiyan, sekarang ini dia akan terus bersuara berkenaan isu berkenaan demi untuk membantu umat Islam di Palestin yang berhadapan dengan konflik peperangan.

Malah, penyanyi berkenaan memaklumkan dia sudah menyalurkan sumbangan RM20,000 menerusi Persatuan Cinta GAZA Malaysia dan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama memberikan bantuan.

“Oleh itu di saat-saat gentir ini saya tak akan pernah boleh berdiam diri dan membelakangkan agama saya, kepercayaan saya dan paling utama, saudara-mara saya di Gaza yang sedang bertarung nyawa, dibunuh, diperlaku dengan sangat kejam dan dirampas segala hak kemanusiaan mereka.

“Mereka didiamkan sementara dunia disuap propaganda zionist yang sudah terang lagi bersuluh sebuah penipuan yang tidak masuk akal. Selama ini saya kerap bersuara, dan saya tidak akan berhenti di sini hanya kerana saya mulai diiktiraf di persada yang berbeza – malah saya akan bersuara dengan lebih lantang.

“Dunia kita sudah makin hampir di saat-saat akhir. jika ada masa yang tepat untuk kita bersuara dan melawan, ia adalah sekarang. I STAND WITH PALESTINE,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button